Tuesday, August 11, 2009

denda


ni nak cerita bukan main ganas lagi cikgu2 kat malaysia ni.. haaa. sape2 yang brani isap rokok kat asrama boleh la merasa denda cmni.. tu belum lagi denda isap paip sampai kering.. adeh..

cikgu2 kena sabar ek kalo budak2 buat jahat kat skolah tu.. denda padan2 je.. bersih longkang seluruh sekolah ke.. cat blok pentadbiran, blok akademik, blok asrama ngan surau sekaligus ke. x pon basuh kereta cikgu2 termasuk motosikal ngan keta kat umah sekali. dan lain-lain denda yang dirasakan membantu pembinaan sahsiah murid.

Thursday, July 30, 2009

H1N1

IPGM KDRI dijangkit H1N1, sebenarnya bukan IPGM KDRI, tetapi budak2 cni yang kena. poster kat atas tu, walaupun x nampak macam poster sebenarnya bukanlah penunjuk aras kepada jangkitan virus ini.

Alhamdulillah, sampai sekarang xdek lagi yang dijangkit mahupun berjangkit oleh selsema b*** ini. Allah s.w.t telah menyelamatkan kita setakat ini dan kita perlu bersdia untuk menghadapi gelombang virus ini diseluruh negara. dengan doa dan tawakkal, insyaallah kita akan berjaya.

amiin..

Thursday, July 16, 2009

SELAMAT DATANG

13 julai 2009 merupakan hari bersejarah kepada 270 orang budak yang memasuki IPGM KDRI.
mana taknya, daripada beribu-ribu ribu lemon orang yang apply, budak-budak ni yang berpeluang.

syukur kepada Allah dengan rezeki yang melimpah-ruah ni. semoga kehadiran mereka semakin memeriahkan keluarga IPGM KDRI terutama kat hostel. kosong beb. xde orang sblm ni. nnt kalo ade masa aku kidnap la gambo2 menarik minggu pengurusan tu ek.

Friday, July 3, 2009

Macam-macam: Mainan 'nuklear' cetus ketakutan

BERLIN: Sebuah loji jana kuasa nuklear mainan yang dibina dua budak berusia enam tahun menggemparkan masyarakat di sini sebelum pihak berkuasa mendapati ia adalah rangka komputer dengan amaran radiasi.

Jabatan bomba dan polis mengepung beberapa jalan dan mengarahkan penduduk supaya tinggal dalam rumah di bandar barat Oelde selepas dua budak lelaki itu meninggalkan loji itu di tepi jalan untuk makan malam.

“Ia bukanlah sengaja, mereka hanya bermain. Budak lelaki itu cuba kembali meneruskan permainan, namun jabatan bomba enggan membenarkan mereka memasuki kawasan itu.” - AP

Budak kecik pn pandai wat loji nukleaar.....Berita Harian, Khamis, 26 jun 2009

Thursday, July 2, 2009

Result Peperiksaan Da Kuar!!!!

Tepat jam 2.20 ptg,1 julai 2009
keputusan peperiksaan akhir yang lepas telah dikeluarkan...
tahniah kepada pelajar IPGM kDRI yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang...

Thursday, May 28, 2009

panduan Keselamatan Jalanraya Di Musim Cuti Maktab (x cuti lagi tp sume da balik.. hampeh!)

Disebabkan MInggu ni sume orang nak balik kampung..
disini adalah disediakan sedikit tips. sape nak amik la.
free je. kalo nak bayaor bagi kat pengarah.

seblom balik pastikan kenderaan anda alam keadaan baik. (mintak2 keta aku dalam keadaan baik la). kalo yang nek bas tu bleh gak kalo nak cek bas tu. (konon prihatin).

dinasihatkan unutk anda supaya mematuhi dan memahami semua peraturan jalanraya supaya tiada yang kehilangan side mirror akibat dirempuh oleh ex-5.

Photobucket
tanda ni untuk sesapa yang melalui kawasan rendah semasa pulang berhari cuti.

Photobucket
sign ni aku pon berapa nak paham, tapi yang penting pastikan anda tidak melakukan tindakan yang boleh mencederakan hidupan yang tidak bersalah

Photobucket
pastikan anda membawa seorang navigator yang cekap untuk memandu arah supaya tidak tersesat disimpang yang siur seperti diatas. kalo tersesat ke baghdad mampos.

andai kata anda tersest ke baghdad disebabkan oleh kebodohan navigator anda dan anda sendiri, sila ambil perhatian dengan tanda ini. penting!!
Photobucket

Photobucket
walaupun susah nak jumpak. tapi dia(individu dalam gambar) ada. dia memerhatikan anda memandu. silalah berhati-hati dijalanraya.

Photobucket
ni pun same. kena ikut gak. kalo la keta kebal lalu korang x bagi jalan kat dia. mampus.

Photobucket
sila berhenti di RNR untuk makan supaya anda bertenaga zahir dan batin serta tahan lama di.. jalanraya

Photobucket
ni nak bagi tenaga batin kat keta korang

Photobucket
kalo xde yang kat atas, yang ni pon boleh gak. tapi ready la nak pergi bulan, x pun mesjid.

Photobucket
sini pon boleh jugak nak isi minyak.

Photobucket
yang ni korang kena alert, kalo nampak tanda ni. trus lari. lari ngan keta, jgn turun keta pastu lari lak.

Photobucket
abih busuk pon cni bleh gak.. janji ade. xde mampos la keta korg. x tau lak ade keta yang pakai panel suria. pokok dalam keta tu memang ye pakai panel suria.

insyaallah diharapkan tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini. kita memohon doa kepada ALLAH sebelum memulakan perjalanan dan insyaallah tiada aral yang melintang.
jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, maka bertawakkallah kepada allah dan banyakkan berdoa. sila pastikan hset ada kredit dan bateri yang ckup untuk memohon bantuan dari pihak berwajib dan berkenaan. x berkenaan x payh, buang masa.

sesungguhnya keluarga di tanah air menunggu kalian dengan sejuta rasa kerinduan dan kasih sayang. amin semoga berjaya..

Wednesday, May 27, 2009

Selamat Bercuti

Selamat bercuti diucapkan kepada semua....
tahniah kerana telah berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya...