Sunday, November 22, 2009

Selamat Bercuti...

dengan ini ku ucapkan slmt bercuti...

Friday, October 16, 2009

Selamat hari Deepavali

selamat menyambut deepavali kepada semua student india khasnya di institut ini dan amnya seluruh rakyat berbangsa bangsa india di malaysia. semoga menyambut perayaan deepavali ini dengan hati yang tenang dan bersih

aku nak komen banyak pasal deepavali ni, aku pon x tau banyak :p, so aku ulas skit2 je la ek.. nanti takut-takut tersalah lak. mau mampus aku kena ligan. hahaha. so that's All from this blog.

Bujang_AlFongsuri

minggu Bahasa Melayu Pun da Abis

da abis da pon minggu bahasa melayu, beberapa jam lagi genaplah 24 jam.. haha. kalo nak tau pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan, kena la tengok pertandingan tu sampai tamat kerana hadiah di bagi secar on the spot oleh pihak penganjur.

diharapkan minggu bahasa melayu ni akan meneguhkan lagi jati diri bangsa melayu didalam hati masing-masing. bak kata Hang Tuah " takkan melayu hilang didunia". cewahh!! :P

Wednesday, October 14, 2009

Minggu Bahasa Melayu IPGM KDRI

walaupun setiap hari kita dok bercakap guna bahasa melayu, tapi atas keperihatinana pihak institut, ada jugak minggu bahasa melayu ni. minggu bahasa melayu bukanlah minggu yang mewajibkan semua student cakap dalam bahasa melayu macam minggu bahasa inggeris ngan bahasa arab. kalo x wajib pun, semua student kompem jadikan bahasa melayu bahasa wajib dalam perbualan seharian.

oleh itu, nak menjadikan minggu bahasa melayu ni menarik dan tertarik. organizer kena la buat event2 yang bermacam-macam. baru la menarik. antara event2 dan competition yang ada ialah pertandingan tarian, lagu rakyat, sajak dan bermacam2 lagi la. rugi kalo x masuk. hahaha. kurang2 dapat le hemper sebijik.hahaha

event2 yang dianjurkan sebenarnya bukan la saja-saja ataupun pihak organizer nak cari galmor. tapi event2 tu sebenarnya mengisi masa lapang pelajar. kalau zaman hang tuah dulu, sultan pun dah boring dok lam istana, maka dia pun buat la pertandingan sapa paling kuat dan sebagainya. mcm la x pernah tengok dlm telivesyen..

daripada korang dok kat bilek main muka buku tu, lagi bek pi tengok pertandingan yang ada masa minggu bahasa melayu ni. kot-kot ada awek cun-cun ke. bleh la ejas2 no tepon.. haha kalau dah jodoh x kemana..:D

aku tulis ni bukan apa. saje je nak suh korang pi join event2 yang dianjurkan. aku saje je nak sapot aktiviti kat cni. haha. aku pon x berapa nak minat sgt.:P

Tuesday, August 11, 2009

denda


ni nak cerita bukan main ganas lagi cikgu2 kat malaysia ni.. haaa. sape2 yang brani isap rokok kat asrama boleh la merasa denda cmni.. tu belum lagi denda isap paip sampai kering.. adeh..

cikgu2 kena sabar ek kalo budak2 buat jahat kat skolah tu.. denda padan2 je.. bersih longkang seluruh sekolah ke.. cat blok pentadbiran, blok akademik, blok asrama ngan surau sekaligus ke. x pon basuh kereta cikgu2 termasuk motosikal ngan keta kat umah sekali. dan lain-lain denda yang dirasakan membantu pembinaan sahsiah murid.

Thursday, July 30, 2009

H1N1

IPGM KDRI dijangkit H1N1, sebenarnya bukan IPGM KDRI, tetapi budak2 cni yang kena. poster kat atas tu, walaupun x nampak macam poster sebenarnya bukanlah penunjuk aras kepada jangkitan virus ini.

Alhamdulillah, sampai sekarang xdek lagi yang dijangkit mahupun berjangkit oleh selsema b*** ini. Allah s.w.t telah menyelamatkan kita setakat ini dan kita perlu bersdia untuk menghadapi gelombang virus ini diseluruh negara. dengan doa dan tawakkal, insyaallah kita akan berjaya.

amiin..

Thursday, July 16, 2009

SELAMAT DATANG

13 julai 2009 merupakan hari bersejarah kepada 270 orang budak yang memasuki IPGM KDRI.
mana taknya, daripada beribu-ribu ribu lemon orang yang apply, budak-budak ni yang berpeluang.

syukur kepada Allah dengan rezeki yang melimpah-ruah ni. semoga kehadiran mereka semakin memeriahkan keluarga IPGM KDRI terutama kat hostel. kosong beb. xde orang sblm ni. nnt kalo ade masa aku kidnap la gambo2 menarik minggu pengurusan tu ek.

Friday, July 3, 2009

Macam-macam: Mainan 'nuklear' cetus ketakutan

BERLIN: Sebuah loji jana kuasa nuklear mainan yang dibina dua budak berusia enam tahun menggemparkan masyarakat di sini sebelum pihak berkuasa mendapati ia adalah rangka komputer dengan amaran radiasi.

Jabatan bomba dan polis mengepung beberapa jalan dan mengarahkan penduduk supaya tinggal dalam rumah di bandar barat Oelde selepas dua budak lelaki itu meninggalkan loji itu di tepi jalan untuk makan malam.

“Ia bukanlah sengaja, mereka hanya bermain. Budak lelaki itu cuba kembali meneruskan permainan, namun jabatan bomba enggan membenarkan mereka memasuki kawasan itu.” - AP

Budak kecik pn pandai wat loji nukleaar.....Berita Harian, Khamis, 26 jun 2009

Thursday, July 2, 2009

Result Peperiksaan Da Kuar!!!!

Tepat jam 2.20 ptg,1 julai 2009
keputusan peperiksaan akhir yang lepas telah dikeluarkan...
tahniah kepada pelajar IPGM kDRI yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang...

Thursday, May 28, 2009

panduan Keselamatan Jalanraya Di Musim Cuti Maktab (x cuti lagi tp sume da balik.. hampeh!)

Disebabkan MInggu ni sume orang nak balik kampung..
disini adalah disediakan sedikit tips. sape nak amik la.
free je. kalo nak bayaor bagi kat pengarah.

seblom balik pastikan kenderaan anda alam keadaan baik. (mintak2 keta aku dalam keadaan baik la). kalo yang nek bas tu bleh gak kalo nak cek bas tu. (konon prihatin).

dinasihatkan unutk anda supaya mematuhi dan memahami semua peraturan jalanraya supaya tiada yang kehilangan side mirror akibat dirempuh oleh ex-5.

Photobucket
tanda ni untuk sesapa yang melalui kawasan rendah semasa pulang berhari cuti.

Photobucket
sign ni aku pon berapa nak paham, tapi yang penting pastikan anda tidak melakukan tindakan yang boleh mencederakan hidupan yang tidak bersalah

Photobucket
pastikan anda membawa seorang navigator yang cekap untuk memandu arah supaya tidak tersesat disimpang yang siur seperti diatas. kalo tersesat ke baghdad mampos.

andai kata anda tersest ke baghdad disebabkan oleh kebodohan navigator anda dan anda sendiri, sila ambil perhatian dengan tanda ini. penting!!
Photobucket

Photobucket
walaupun susah nak jumpak. tapi dia(individu dalam gambar) ada. dia memerhatikan anda memandu. silalah berhati-hati dijalanraya.

Photobucket
ni pun same. kena ikut gak. kalo la keta kebal lalu korang x bagi jalan kat dia. mampus.

Photobucket
sila berhenti di RNR untuk makan supaya anda bertenaga zahir dan batin serta tahan lama di.. jalanraya

Photobucket
ni nak bagi tenaga batin kat keta korang

Photobucket
kalo xde yang kat atas, yang ni pon boleh gak. tapi ready la nak pergi bulan, x pun mesjid.

Photobucket
sini pon boleh jugak nak isi minyak.

Photobucket
yang ni korang kena alert, kalo nampak tanda ni. trus lari. lari ngan keta, jgn turun keta pastu lari lak.

Photobucket
abih busuk pon cni bleh gak.. janji ade. xde mampos la keta korg. x tau lak ade keta yang pakai panel suria. pokok dalam keta tu memang ye pakai panel suria.

insyaallah diharapkan tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini. kita memohon doa kepada ALLAH sebelum memulakan perjalanan dan insyaallah tiada aral yang melintang.
jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, maka bertawakkallah kepada allah dan banyakkan berdoa. sila pastikan hset ada kredit dan bateri yang ckup untuk memohon bantuan dari pihak berwajib dan berkenaan. x berkenaan x payh, buang masa.

sesungguhnya keluarga di tanah air menunggu kalian dengan sejuta rasa kerinduan dan kasih sayang. amin semoga berjaya..

Wednesday, May 27, 2009

Selamat Bercuti

Selamat bercuti diucapkan kepada semua....
tahniah kerana telah berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya...

Tuesday, May 19, 2009

Selamat Menjalani Peperiksaan

Saya mengucapkan kepada semua pelajar Selamat menjalani ni peperiksaan.

disini saya sediakan beberapa tips menjawab peperiksaan.

Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan:

Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.


Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.


Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.


Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.
Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah: · soalan paling sukar, · yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,

· tetapi mempunyai markah sedikit.


Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.


Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.


Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.


Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan. Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.


Analisa jawapan anda. Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Saturday, May 16, 2009

SEAMAT HARI GURU

selamat hari guru kepada semua guru dimalaysia walau dimana anda berada, di kota, di desa, di hutan belantara, di lubuk buaya dan juga di jalan raya.

tema hari guru pada tahun ini adalah
"guru pembina negara bangsa"

diharapkan guru-guru dizaman ini berusaha untuk memajukan diri masing-masing tanpa menghiraukan harga minyak di pasaran dunia. dengan adanya guru, maka lahirlah insan-insan yang tidak mengenal erti penat lelah dalam mengejar kemajuan dan juga membangunkan anak bangsa. pedulikan dengan 'Melayu Mudah Lupa' dan teruskan perjuangan anda.

jika suatu hari nanti negara kita berstatus maju, kompeni-kompeni kita bertaraf multi-nasional dan tiada lagi kemiskinan di malaysia tercinta ini, semoga semua ini tidak membawa kita menjauhi tuhan..

berbalik kepada hari guru, sudahkah anda mengucapkan 'selamat hari guru' kepada guru-guru anda??? silalah berbuat demikian sebelum terlewat kerana pada hari ini sahaja anda boleh mengucapkan kata-kata keramat ini kepada guru anda. jika tidak tunggulah setahun lagi.

sajak hari guru oleh a. samad said

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.



Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.



Gnru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.



Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.



Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID

2 APRIL 1988


Banjir oh Banjir

Photobucket

kompem tau la kat mana ni..

so sape2 yang ada cadangan nak memeajukan kawasan ini boleh la panjangkan cadangan anda kepada saudara Najmi (YDP)

cadangan :

1. kolam ikan keli ( x payah g kedai kuning)
2. kolam renang (swimming pool)
3. parking kereta
4. jusco
5. Sport Planet
6. Balai cerap
7. Kem Askar
8. pejabat buruh
9. Kedai serbaneka (eg. 711)
10. Lapang sasar

sila vote cadangan manakah yang paling bernilai untuk tapak ini. lain-lain cadangan sila kemukakan didalam ruangan komen supaya boleh dipanjangkan ke pihak jpp

Monday, May 11, 2009

MAJLIS PENUTUP 'ENGLISH WEEK'

Pada 11 mei 2009, majlis penutup minggu bahasa inggeris telah dijalankan dan pemenang-pemenang juga telah diumumkan. Diharapkan minggu bahasa inggeris ini akan menambah baikkan tahap penggunaan bahasa inggeris yang sudah berkarat dalam kepala hotak masing-masing (kecuali kelas sains dan matematik)

walaupun bahasa inggeris adalah bahasa golongan penjajah (kepada anti penajajah), tetapi kita haruslah mempelajarinya kerana menuntut ilmu itu wajib bagi muslim (non-muslim pon wajib kut). Walaupun fardhu kifayah, namun fungsinya sangat besar didalam dunia globalisasi ini.

Seribu kemaafan dipohon kerana blog ini ditulis dalam bahasa melayu hal ini demikian kerana penulis juga mempunyai bahasa inggeris yang masih berkarat (english punya outhor x cari lagi).dan satu lagi laporan ini masih belum penuh kerana menunggu keputusan pemenang. insyaallah blogger blog ni akan mencari gambar2 menarik mengenai english week ni.



We authors still waiting the result of all event during the English Week. Any information and Pictures about the event are welcome to send to the authors. Please do send it to YM id: stokim7 or elnino_link1889 @ skype id marqkim.stiffler or bujang_alfongsuri.

Event Result:
Drama :
1. PISMP Math 2 (Romeo And Juliet Animal Version)
2. PISMP Kajian Sosial
3. PISMP PAI

Saturday, May 9, 2009

DEMAM PEPERIKSAAN BERMULA DENGAN UJIAN AKHIR KURSUS (UAK)

disebabkan peperiksaan semakin menghampiri dengan kadar 24j/hari, maka tergerak hati untuk menulis berkenaan peperiksaan ni. disini ada sedikit petua untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tu.. oleh itu, bacalah teknik-teknik menghadapi peperiksaan ini supaya tidak ada toyol yang menggangu didalam dewan peperiksaan dan juga hantu-hantu yang lain.

teknik peperiksaan ini penting terutamanya kepada kaum2 senior kerana mereka sudah terlalu lama meninggalkan teknik menjawab soalan dan kem motivasi peperiksaan. kalau ppismp sem 2, sudah sebu dalam fikiran dan minda mereka mengenai peperiksaan akibat daripda sistem pembelajaran yang mementingkan peperiksaan semasa masih bersekolah dahulu.

1. mendapat tidur yang cukup

tidur yang cukup amat diperlukan kerana tanpa rehat yang cukup, kita akan hilang tiga (3) kemampuan untuk menjawab peperiksaan (a) tumpuan (b) ketangkasan berfikir, dan (c) daya ingatan.

Ketiga-ketiga perkara ini diperlukan untuk menjuarai peperiksaan. Untuk memahami sepenuhnya soalan peperiksaan (agar tidak tersalah faham atau tersalah tafsir) seseorang pelajar mesti memiliki daya tumpuan yang kuat.

Sementara itu untuk membolehkannya menjawab soalan dengan “cepat” kerana masa terlalu suntuk pelajar berkenaan mesti tangkas pemikirannya, justeru berupaya mentafsir dan menjawab apa jua soalan dengan tepat.

Perkara ketiga yang dinyatakan di atas ialah daya ingatan. Macam mana seseorang pelajar mampu menjawab soalan dengan baik melainkan mereka memiliki daya ingatan yang baik.

2. tidak panik

Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan berasa panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

3. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat

Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

4. Banyakkan pembelajaran secara output learning

Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

5. pemakanan berkhasiat dan seimbang

Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Elakkan dari memakan makanan masam dan yang telah dicemari semut kerana ia mampu menumpulkan ingatan. Cuba mengambil 21 biji kismis setiap pagi berserta selawat ke atas nabi sebelum memakannnya. Kalau boleh, gantikan gula dengan madu dalam minuman dan makanan.

6. perbanyakkan latih-tubi dan ujian simulasi

Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.

Tuesday, May 5, 2009

KERAJAAN AKAN DAPATKAN KHIDMAT PAKAR DARI DALAM DAN LUAR NEGARA UNTUK MENGKAJI TAHAP PENCAPAIAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

"KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat kajian sejauh mana tahap pencapaian pendidikan negara sama ada sudah menuju matlamat sebenar atau ada kekurangan untuk diatasi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran akan mengumpul pakar pendidikan di dalam dan luar negara untuk mendapatkan pandangan dan seterusnya mengendalikan kajian itu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanat sulung sebagai Menteri Pelajaran sempena perhimpunan bulanan kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini pagi ini."

LINK : Berita Harian

semoga dengan perancangan kerajaan ini akan menperkasakan sistem pendidikan malaysia akan banyak perubahan bakal berlaku. walaupun sistem pendidikan malaysia hari ini berjaya memajukan negara tetapi masih banyak kepincangan yang berlaku menunjukkan sistem ini masih belum berjaya dari segi keseluruhannya.

contohnya baru-baru ini kejadian pelajar ponteng di kuantan, ini menunjukkan kegagalan sistem pendidikan melahirkan pelajar berdisiplin. terdapat banyak lagi kepincangan yang berlaku disamping kejayaan yang dicapai.

masih terdapat pelajar di kawasan kampung yang masih belum mendapat pendidikan sempurna terutamanya kaum orang asli dan kampung-kampung terpencil di negara ini.

Monday, May 4, 2009

Perlawanan Persahabatan Rugbi 10-sebelah di Lembah Bidung

Vanue:Lembah Bidong Elite School aka SMK Lembah Bidong(ELIT)
Date: 3th may 2009

Satu perlawanan persahabatan rugbi telah berjaya diadakan di SMK Lembah Bidong Pada 3hb May 2009. Perlawanan bermula sejurus selepas solat asar. Banyak pengalaman yang telah berjaya ditimba oleh pemain-pemain rugbi IPGM kDRI pada perlawanan hari itu.

Gambar: coming soon!!!

Sunday, May 3, 2009

TUDUNG OH TUDUNG

Sudah menjadi etika berpakaian pelajar wanita muslim di maktab ini untuk bertudung. Tetapi beberapa hari yang lepas, pelajar perempuan menjadi lebih bersemangat untuk menggayakan tudung mereka.. kenapa ???
kerana....

yang ini



dan yang ini



telah bertukar kepada --->>>>>>

ini



dan ini.



tapi yang penting menutup aurat...

Sunday, April 26, 2009

KEJOHANAN LAWN BALL

venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Time : 3.00pm to 12.00 am
Date: 24 April 2009

satu kejohanan lawn ball telah diadakan pada tarikh, tempat dan masa seperti diatas. IPGM KDRI telah menghantar beberapa pasukan dibawah naungan Kelab Lawn Ball IPGM KDRI. Semangat juang yang ditunjukkan oleh mereka harus diberikan pujian kerana lawan didalam kejohanan ini adalah pasukan2 daripada MSN Terengganu, MARA dan juga skuad pelapis Negeri Terengganu.

photos:











kepada peserta yang tiada gambarnya disini, seribu kemaafan dipohon. oleh kerana kekangan masa, banyak peristiwa menarik yang tidak dapat dirakamkan. sekian terima kasih..

Thursday, April 23, 2009

LAGU INSTITUT PENDIDIKAN GURU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMI SENTIASA BERSEDIA
MENJULANG ETIKA KERJA
BERKORBAN JIWA RAGA
MENJUNJUNG ASPIRASI
BANGSA NEGARA TERCINTA

C/O
BERWIBAWA BERINTEGRITI
KEUNGGULAN PERIBADI
BERTERASKAN KEIMANAN
MENDIDIK ANAK BANGSA

KAMI BANGGA MENJADI GURU
KERJAYA DIHORMATI
TIDAK JEMU MENIMBA ILMU
BAKTI SETULUS HATI YANG MURNI

ULANG C/0

IPG MALAYSIA BERIKRAR
MEMBENTUK GURU BERKUALITI
BERJAYA BERAKHLAK MULIA
MENDUKUNG VISI,MISI IPG...

LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

IPGM kDRI

Photobucket

Wednesday, April 22, 2009

youth say..try this..cubela..dpt duit doww

Jong Blajo Cakak Teganu(lets learn terengganu dialect)

Adjectives(kind of..)

Terengganu words - meaning in English
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pahik lepang - bitter
Manis leting - sweet
Masang rebang - sour
Masing rebing - salty
Putih lepuk - white
Itang legang - black
Gelap gelemat/guguk - dark
Terang nerang - bright
Gemok debok - fat
Musing ketang - spin
Comel lote - cute
Kucar lana - messy
Sejuk ketor - freezing
Panah ketik/dering - hot/warm
Bolok wok -disorder/state of instability
Hanyar Bala - messy/untidy
Dene We - watery
Dene Pe - indulgent
Kerah kejung- static
kerah ketung- hard
Lembik Kote - soft
Tinggi Sayut - high
Pendek Ketok - short
Busuk kohong - stinky
Hanyir mekok - fishy
Hacor lebor - shattered
Kering garing - dryness
Hudoh Sepang - ugliness
Kuruh kering -too thin
Golek arok - rolling
Tungging Nyior - falling
Ringan Lepong - light(antonym of heavy)
Basoh jerok - wet
Nipis Nayang - thinness
Kete we - curly
Abih Reng/Te - finish
Dok rok cetong - weak
Bising bangor - too noisy
Bekok cobong - swelling
Jauh jenak - too far
Letih sang - too tired

Pick From Rudi Asmai Notes...