Saturday, May 16, 2009

SEAMAT HARI GURU

selamat hari guru kepada semua guru dimalaysia walau dimana anda berada, di kota, di desa, di hutan belantara, di lubuk buaya dan juga di jalan raya.

tema hari guru pada tahun ini adalah
"guru pembina negara bangsa"

diharapkan guru-guru dizaman ini berusaha untuk memajukan diri masing-masing tanpa menghiraukan harga minyak di pasaran dunia. dengan adanya guru, maka lahirlah insan-insan yang tidak mengenal erti penat lelah dalam mengejar kemajuan dan juga membangunkan anak bangsa. pedulikan dengan 'Melayu Mudah Lupa' dan teruskan perjuangan anda.

jika suatu hari nanti negara kita berstatus maju, kompeni-kompeni kita bertaraf multi-nasional dan tiada lagi kemiskinan di malaysia tercinta ini, semoga semua ini tidak membawa kita menjauhi tuhan..

berbalik kepada hari guru, sudahkah anda mengucapkan 'selamat hari guru' kepada guru-guru anda??? silalah berbuat demikian sebelum terlewat kerana pada hari ini sahaja anda boleh mengucapkan kata-kata keramat ini kepada guru anda. jika tidak tunggulah setahun lagi.

sajak hari guru oleh a. samad said

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.



Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.



Gnru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.



Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.



Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID

2 APRIL 1988


3 comments: