Saturday, May 9, 2009

DEMAM PEPERIKSAAN BERMULA DENGAN UJIAN AKHIR KURSUS (UAK)

disebabkan peperiksaan semakin menghampiri dengan kadar 24j/hari, maka tergerak hati untuk menulis berkenaan peperiksaan ni. disini ada sedikit petua untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tu.. oleh itu, bacalah teknik-teknik menghadapi peperiksaan ini supaya tidak ada toyol yang menggangu didalam dewan peperiksaan dan juga hantu-hantu yang lain.

teknik peperiksaan ini penting terutamanya kepada kaum2 senior kerana mereka sudah terlalu lama meninggalkan teknik menjawab soalan dan kem motivasi peperiksaan. kalau ppismp sem 2, sudah sebu dalam fikiran dan minda mereka mengenai peperiksaan akibat daripda sistem pembelajaran yang mementingkan peperiksaan semasa masih bersekolah dahulu.

1. mendapat tidur yang cukup

tidur yang cukup amat diperlukan kerana tanpa rehat yang cukup, kita akan hilang tiga (3) kemampuan untuk menjawab peperiksaan (a) tumpuan (b) ketangkasan berfikir, dan (c) daya ingatan.

Ketiga-ketiga perkara ini diperlukan untuk menjuarai peperiksaan. Untuk memahami sepenuhnya soalan peperiksaan (agar tidak tersalah faham atau tersalah tafsir) seseorang pelajar mesti memiliki daya tumpuan yang kuat.

Sementara itu untuk membolehkannya menjawab soalan dengan “cepat” kerana masa terlalu suntuk pelajar berkenaan mesti tangkas pemikirannya, justeru berupaya mentafsir dan menjawab apa jua soalan dengan tepat.

Perkara ketiga yang dinyatakan di atas ialah daya ingatan. Macam mana seseorang pelajar mampu menjawab soalan dengan baik melainkan mereka memiliki daya ingatan yang baik.

2. tidak panik

Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan berasa panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

3. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat

Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

4. Banyakkan pembelajaran secara output learning

Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

5. pemakanan berkhasiat dan seimbang

Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Elakkan dari memakan makanan masam dan yang telah dicemari semut kerana ia mampu menumpulkan ingatan. Cuba mengambil 21 biji kismis setiap pagi berserta selawat ke atas nabi sebelum memakannnya. Kalau boleh, gantikan gula dengan madu dalam minuman dan makanan.

6. perbanyakkan latih-tubi dan ujian simulasi

Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.

4 comments:

  1. bbe u mmg layak jd cikgu loh..
    tips die masyuk..
    hahaha..

    ReplyDelete
  2. tp saye tak stdy mende pn lg..

    hihihi..

    rsau lak..

    ReplyDelete
  3. hahaa erm, ye ke? delour pon ckgu pe.
    wes gat, ready for battle. lalala
    haha

    ReplyDelete