Saturday, May 16, 2009

SEAMAT HARI GURU

selamat hari guru kepada semua guru dimalaysia walau dimana anda berada, di kota, di desa, di hutan belantara, di lubuk buaya dan juga di jalan raya.

tema hari guru pada tahun ini adalah
"guru pembina negara bangsa"

diharapkan guru-guru dizaman ini berusaha untuk memajukan diri masing-masing tanpa menghiraukan harga minyak di pasaran dunia. dengan adanya guru, maka lahirlah insan-insan yang tidak mengenal erti penat lelah dalam mengejar kemajuan dan juga membangunkan anak bangsa. pedulikan dengan 'Melayu Mudah Lupa' dan teruskan perjuangan anda.

jika suatu hari nanti negara kita berstatus maju, kompeni-kompeni kita bertaraf multi-nasional dan tiada lagi kemiskinan di malaysia tercinta ini, semoga semua ini tidak membawa kita menjauhi tuhan..

berbalik kepada hari guru, sudahkah anda mengucapkan 'selamat hari guru' kepada guru-guru anda??? silalah berbuat demikian sebelum terlewat kerana pada hari ini sahaja anda boleh mengucapkan kata-kata keramat ini kepada guru anda. jika tidak tunggulah setahun lagi.

sajak hari guru oleh a. samad said

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.



Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.



Gnru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.



Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.



Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID

2 APRIL 1988


Banjir oh Banjir

Photobucket

kompem tau la kat mana ni..

so sape2 yang ada cadangan nak memeajukan kawasan ini boleh la panjangkan cadangan anda kepada saudara Najmi (YDP)

cadangan :

1. kolam ikan keli ( x payah g kedai kuning)
2. kolam renang (swimming pool)
3. parking kereta
4. jusco
5. Sport Planet
6. Balai cerap
7. Kem Askar
8. pejabat buruh
9. Kedai serbaneka (eg. 711)
10. Lapang sasar

sila vote cadangan manakah yang paling bernilai untuk tapak ini. lain-lain cadangan sila kemukakan didalam ruangan komen supaya boleh dipanjangkan ke pihak jpp

Monday, May 11, 2009

MAJLIS PENUTUP 'ENGLISH WEEK'

Pada 11 mei 2009, majlis penutup minggu bahasa inggeris telah dijalankan dan pemenang-pemenang juga telah diumumkan. Diharapkan minggu bahasa inggeris ini akan menambah baikkan tahap penggunaan bahasa inggeris yang sudah berkarat dalam kepala hotak masing-masing (kecuali kelas sains dan matematik)

walaupun bahasa inggeris adalah bahasa golongan penjajah (kepada anti penajajah), tetapi kita haruslah mempelajarinya kerana menuntut ilmu itu wajib bagi muslim (non-muslim pon wajib kut). Walaupun fardhu kifayah, namun fungsinya sangat besar didalam dunia globalisasi ini.

Seribu kemaafan dipohon kerana blog ini ditulis dalam bahasa melayu hal ini demikian kerana penulis juga mempunyai bahasa inggeris yang masih berkarat (english punya outhor x cari lagi).dan satu lagi laporan ini masih belum penuh kerana menunggu keputusan pemenang. insyaallah blogger blog ni akan mencari gambar2 menarik mengenai english week ni.



We authors still waiting the result of all event during the English Week. Any information and Pictures about the event are welcome to send to the authors. Please do send it to YM id: stokim7 or elnino_link1889 @ skype id marqkim.stiffler or bujang_alfongsuri.

Event Result:
Drama :
1. PISMP Math 2 (Romeo And Juliet Animal Version)
2. PISMP Kajian Sosial
3. PISMP PAI

Saturday, May 9, 2009

DEMAM PEPERIKSAAN BERMULA DENGAN UJIAN AKHIR KURSUS (UAK)

disebabkan peperiksaan semakin menghampiri dengan kadar 24j/hari, maka tergerak hati untuk menulis berkenaan peperiksaan ni. disini ada sedikit petua untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tu.. oleh itu, bacalah teknik-teknik menghadapi peperiksaan ini supaya tidak ada toyol yang menggangu didalam dewan peperiksaan dan juga hantu-hantu yang lain.

teknik peperiksaan ini penting terutamanya kepada kaum2 senior kerana mereka sudah terlalu lama meninggalkan teknik menjawab soalan dan kem motivasi peperiksaan. kalau ppismp sem 2, sudah sebu dalam fikiran dan minda mereka mengenai peperiksaan akibat daripda sistem pembelajaran yang mementingkan peperiksaan semasa masih bersekolah dahulu.

1. mendapat tidur yang cukup

tidur yang cukup amat diperlukan kerana tanpa rehat yang cukup, kita akan hilang tiga (3) kemampuan untuk menjawab peperiksaan (a) tumpuan (b) ketangkasan berfikir, dan (c) daya ingatan.

Ketiga-ketiga perkara ini diperlukan untuk menjuarai peperiksaan. Untuk memahami sepenuhnya soalan peperiksaan (agar tidak tersalah faham atau tersalah tafsir) seseorang pelajar mesti memiliki daya tumpuan yang kuat.

Sementara itu untuk membolehkannya menjawab soalan dengan “cepat” kerana masa terlalu suntuk pelajar berkenaan mesti tangkas pemikirannya, justeru berupaya mentafsir dan menjawab apa jua soalan dengan tepat.

Perkara ketiga yang dinyatakan di atas ialah daya ingatan. Macam mana seseorang pelajar mampu menjawab soalan dengan baik melainkan mereka memiliki daya ingatan yang baik.

2. tidak panik

Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan berasa panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

3. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat

Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

4. Banyakkan pembelajaran secara output learning

Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

5. pemakanan berkhasiat dan seimbang

Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Elakkan dari memakan makanan masam dan yang telah dicemari semut kerana ia mampu menumpulkan ingatan. Cuba mengambil 21 biji kismis setiap pagi berserta selawat ke atas nabi sebelum memakannnya. Kalau boleh, gantikan gula dengan madu dalam minuman dan makanan.

6. perbanyakkan latih-tubi dan ujian simulasi

Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.

Tuesday, May 5, 2009

KERAJAAN AKAN DAPATKAN KHIDMAT PAKAR DARI DALAM DAN LUAR NEGARA UNTUK MENGKAJI TAHAP PENCAPAIAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

"KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat kajian sejauh mana tahap pencapaian pendidikan negara sama ada sudah menuju matlamat sebenar atau ada kekurangan untuk diatasi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran akan mengumpul pakar pendidikan di dalam dan luar negara untuk mendapatkan pandangan dan seterusnya mengendalikan kajian itu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanat sulung sebagai Menteri Pelajaran sempena perhimpunan bulanan kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini pagi ini."

LINK : Berita Harian

semoga dengan perancangan kerajaan ini akan menperkasakan sistem pendidikan malaysia akan banyak perubahan bakal berlaku. walaupun sistem pendidikan malaysia hari ini berjaya memajukan negara tetapi masih banyak kepincangan yang berlaku menunjukkan sistem ini masih belum berjaya dari segi keseluruhannya.

contohnya baru-baru ini kejadian pelajar ponteng di kuantan, ini menunjukkan kegagalan sistem pendidikan melahirkan pelajar berdisiplin. terdapat banyak lagi kepincangan yang berlaku disamping kejayaan yang dicapai.

masih terdapat pelajar di kawasan kampung yang masih belum mendapat pendidikan sempurna terutamanya kaum orang asli dan kampung-kampung terpencil di negara ini.

Monday, May 4, 2009

Perlawanan Persahabatan Rugbi 10-sebelah di Lembah Bidung

Vanue:Lembah Bidong Elite School aka SMK Lembah Bidong(ELIT)
Date: 3th may 2009

Satu perlawanan persahabatan rugbi telah berjaya diadakan di SMK Lembah Bidong Pada 3hb May 2009. Perlawanan bermula sejurus selepas solat asar. Banyak pengalaman yang telah berjaya ditimba oleh pemain-pemain rugbi IPGM kDRI pada perlawanan hari itu.

Gambar: coming soon!!!

Sunday, May 3, 2009

TUDUNG OH TUDUNG

Sudah menjadi etika berpakaian pelajar wanita muslim di maktab ini untuk bertudung. Tetapi beberapa hari yang lepas, pelajar perempuan menjadi lebih bersemangat untuk menggayakan tudung mereka.. kenapa ???
kerana....

yang ini



dan yang ini



telah bertukar kepada --->>>>>>

ini



dan ini.



tapi yang penting menutup aurat...