Tuesday, May 5, 2009

KERAJAAN AKAN DAPATKAN KHIDMAT PAKAR DARI DALAM DAN LUAR NEGARA UNTUK MENGKAJI TAHAP PENCAPAIAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

"KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat kajian sejauh mana tahap pencapaian pendidikan negara sama ada sudah menuju matlamat sebenar atau ada kekurangan untuk diatasi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran akan mengumpul pakar pendidikan di dalam dan luar negara untuk mendapatkan pandangan dan seterusnya mengendalikan kajian itu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanat sulung sebagai Menteri Pelajaran sempena perhimpunan bulanan kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini pagi ini."

LINK : Berita Harian

semoga dengan perancangan kerajaan ini akan menperkasakan sistem pendidikan malaysia akan banyak perubahan bakal berlaku. walaupun sistem pendidikan malaysia hari ini berjaya memajukan negara tetapi masih banyak kepincangan yang berlaku menunjukkan sistem ini masih belum berjaya dari segi keseluruhannya.

contohnya baru-baru ini kejadian pelajar ponteng di kuantan, ini menunjukkan kegagalan sistem pendidikan melahirkan pelajar berdisiplin. terdapat banyak lagi kepincangan yang berlaku disamping kejayaan yang dicapai.

masih terdapat pelajar di kawasan kampung yang masih belum mendapat pendidikan sempurna terutamanya kaum orang asli dan kampung-kampung terpencil di negara ini.

2 comments:

  1. ble aku tnye pn yus psl ni..

    die ckp setiap menteri yg naek

    iye mst akn melakukan sesuatu p'ubahahn atau naik bhgian yg die pegang tu..

    lg2 bab2 pndidikan ni..

    harap2 muhyidin yasin akn mmbawa p'ubahan yabg baek..

    ape yg iye wat ni pn kre langkah awl la ni..
    hrp2,die lg ok dari hishamudin..

    ReplyDelete